Kelainan 10K Langkah Merdeka DMPK Ipoh Barat

- Advertisement -

IPOH: Dewan Muslimat PAS  Kawasan Ipoh Barat telah  menjayakan program 10,000 Langkah Kemerdekaan yang dimulakan dengan aktiviti gotong-royong kawasan perumahan di Taman Anda, Kampung Tasek, di sini semalam.

- Advertisement -

Ketua Muslimat PAS Ipoh Barat, Siti Rohani Harun berkata, program ini bertujuan menonjolkan identiti Muslimat PAS pada masyarakat melalui program kebajikan yang dilakukan sempena 10,000 Langkah Kemerdekaan ini.

Berikutnya, delegasi telah menyampaikan sumbangan barang asas dapur dan sejumlah wang tunai hasil kutipan infak orang ramai kepada Mudir, Nur Muhammad Tahfiz Centre (NUMTAC), Ustaz Aziz Abdullah.

Program ini juga diteruskan dengan menziarahi keluarga mantan Yang DiPertua PAS Ipoh Barat, Almarhum Ustaz Norazli Musa dengan mengadakan sesi tazkirah ringkas di kediamannya.

Tazkirah di sampaikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Ipoh Barat, Ustazah Amilia Abd Aziz membincangkan kisah pengorbanan Sahabat Nabi di masa lampau.

“Khabbab bin Arats menunjukkan ketabahannya, hingga tak sedikit pun hatinya terpengaruh oleh tindakan biadab orang-orang kafir. Mereka menindihkan batu membara ke punggungnya, hingga terbakarlah dagingnya,” ujarnya.

Mengaitkan dengan keadaan semasa, beliau menekankan kepentingan umat Islam khususnya Muslimat agar turun melibatkan diri dalam perjuangan PAS demi mempertahankan tanah air.

Seluruh Muslimat yang menyertai program ini masing-masing berpakaian t-shirt putih Perpaduan Ummah bagi menghidupkan suasana himpunan tersebut yang bakal dilaksanakan di PWTC, Kuala Lumpur pada 13 dan 14 September ini. – HARAKAHDAILY 9/9/2019

IMG 20190909 WA0002

IMG 20190909 WA0001

- Advertisement -