RMK12 ambil kira kepentingan rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengadakan program libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri sebelum merangka draf Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

- Advertisement -

Timbalan menterinya, Senator Dr Mohd Radzi Jidin berkata, libat urus tersebut merupakan usaha awal dengan mengambil kira kepentingan rakyat di peringkat bawah.

“Langkah ini merupakan pendekatan yang bermula dari bawah bagi memastikan perkara yang harus diberikan keutamaan dapat dilaksanakan,” katanya kepada media selepas sesi taklimat libat urus bersama kerajaan negeri bagi penyediaan RMK-12 di Bilik Gerakan Negeri hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, timbalannya Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad dan anggota-anggota Exco.

Dr Mohd Radzi juga berkata, Kelantan merupakan negeri ke-13 diadakan sesi tersebut bagi menjayakan program yang dirangka mengikut keperluan bersama.

Sebelum itu beliau mengunjungi hormat Ustaz Ahmad di pejabatnya di tingkat 10 Mabna. – HARAKAHDAILY 5/9/2019

- Advertisement -