Mejar Zahir: PAS Perak beri penghormatan terakhir

- Advertisement -

TAMBUN: PAS Negeri Perak diwakili Ketua Penerangannya, Ustaz Hafez Sabri hadir memberi penghormatan terakhir kepada Wira Negara Almarhum Mejar Mohd Zahir Armaya di Tanah Perkuburan Islam Tambun, di sini pagi ini.

- Advertisement -

Almarhum merupakan anak kepada pelakon dan pelawak, AR Abdul adalah komando 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) dilaporkan terkena tembakan semasa demontrasi penubuhan Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infrantri di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, semalam.

Ini merupakan satu musibah mengejutkan seluruh tanah air terutama anggota pasukan keselamatan negara kerana gimik yang ingin dilakukan berubah menjadi satu tragedi.

Pengkebumian ini telah dibanjiri oleh orang ramai dalam kalangan saudara mara, anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan para penduduk tempatan.

Menurut AR Badul, beliau begitu bangga mempunyai anak yang sanggup menyerahkan jiwa dan raga untuk negara meskipun dilahirkan dalam keluarga seni.

Ketika Ustaz Hafez Sabri menyampaikan salam takziah mewakili PAS Perak, beliau juga sempat berbisik agar mendoakan beliau sekeluarga dapat bertemu Almarhum di syurga nanti mudah-mudahan.

Almarhum meninggalkan seorang balu, Nour Shafinar Harun dan lima orang anak. – HARAKAHDAILY 5/9/2019

IMG 20190905 WA0024

IMG 20190905 WA0025

IMG 20190905 WA0026

- Advertisement -