Gesa Kerajaan PH bantu penduduk Paya Jaras Hilir

- Advertisement -
PAS Kawasan Sungai Buloh mengikuti secara dekat isu penduduk di Sungai Kedondong Paya Jaras Hilir. Selepas diteliti isu dan keadaan, maka pas kawasan bersetuju untuk bersama penduduk dengan ketetapan berikut: 
 
1.    PAS kawasan konsisten kepentingan awam perlu diutamakan dan reserve projek pembesaran sungai adalah keutamaan. Kami sebagaimana juga penduduk bukan berhasrat untuk menuntut pemilikan tanah yang akan diambil untuk perluasan sungai demi kepentingan awam.  
 
2.    Tetapi PAS kawasan menyokong penduduk untuk menuntut janji YB Mohd Khairudin Othman, Adun Paya Jaras yang juga Exco Kerajaan Selangor untuk mendapatkan alternatif pemilikan secara pembelian (bukan percuma) Rumah Selangorku atau mana-mana tempat alternatif. Rumah Selangorku telah dijanjikan berkali-kali sebelum ini termasuk sewaktu PRU 14. 
 
3.    Tarikh perobohan yang dijadualkan pada 5 September adalah tidak sesuai memandangkan waktu hampir UPSR, seterusnya ialah PT3 dan SPM. 
 
Sekalipun mendapat jawapan lisan bahawa penangguhan sehingga 16 September, selepas pertemuan dengan pihak menteri besar. Namun Tempoh penangguhan ini bukanlah penyelesaian bagi penduduk yang telah menetap disini sekian lama dan ia belum cukup untuk memenuhi keperluan dan kehendak penduduk. 
 
Pihak PAS Kawasan Sungai Buloh mengharapkan pihak kerajaan mampu mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan berpihak kepada penduduk serta menjaga kepentingan awam. 
 
Atas tiga faktor ini, PAS kawasan Sungai Buloh bersama-sama penduduk untuk mempertahankan rumah mereka daripada dirobohkan pada 5 September ini. 
 
PAS Kawasan Sungai Buloh juga menggesa Kerajaan PH lebih bersifat prihatin terhadap semua pihak. 
 
ZAHARUDIN MUHAMMAD
Yang Dipertua PAS 
Kawasan Sungai Buloh – HARAKAHDAILY 5/9/2019
IMG 20190905 WA0022
IMG 20190905 WA0020
- Advertisement -