DAP hina, biadab, ganggu gugat kepentingan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelantangan DAP memperjuangkan Deklarasi Setapak ke arah Malaysia yang mempunyai kesamarataan dalam semua perkara telah menimbulkan penghinaan, kebiadaban dan ganggu gugat terhadap banyak kepentingan.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, hinggakan banyak himpunan dan laporan polis berkaitan penghinaan terhadap Rasulullah tidak diendahkan pihak polis, selain pelbagai isu berbangkit di bawah pemerintahan PH.

Perkara itu disuarakannya pada Jelajah Ceramah Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) yang dilangsungkan di Dewan Yayasan Nusa Taman Maluri, di sini kelmarin.

Antaranya ujar beliau, hak istimewa Melayu di tanah merdeka ini dalam peruntukan kuota kemasukan Matrikulasi yang dipertikaikan sebelum ini, sedang mereka mahu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pula dilaksanakan sepenuhnya dalam Mandarin.

Malah katanya, ada Menteri yang berani mengeluarkan pekeliling kerajaan dalam Bahasa Mandarin, sekali gus menghina bahasa kebangsaan dengan kemuncaknya kebiadaban PH mahu meratifikasi Statut Rom dan menandatangani ICERD.

Di mana menurut beliau, kedua-duanya memberi kesan untuk melemahkan serta melumpuhkan kuasa Raja-raja Melayu, tetapi tindakan pantas NGO telah merencanakan usaha bantahan segala pelaksanaan yang melibatkan Menteri dari DAP.

Bahkan menurutnya, usaha menghapuskan hukuman bunuh merupakan langkah halus DAP melanggar kedaulatan Majlis Raja-raja kerana satu dari 33 kesalahan yang dijatuhi hukuman bunuh ialah menderhaka kepada Raja dan Sultan.

Manakala Ketua Penerangan Umno, Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah membidas tuduhan yang menyatakan kesatuan PAS dan Umno akan membentuk negara Taliban, sebaliknya rekod pemerintahan PAS dan Umno tidak menyisihkan mana-mana kaum, agama dan budaya.

Hadir sama pada majlis ini adalah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya dan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Johari Abdul Ghani di mana program ini menjadi promosi himpunan 14 September nanti. – HARAKAHDAILY 4/9/2019

IMG 20190904 WA0047

- Advertisement -