‘Beli Produk Muslim Dulu’ pacu ekonomi ummah

amzad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyokong penuh seruan untuk menjadikan produk buatan orang Islam sebagai pilihan pertama kepada setiap orang Islam seperti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan.

- Advertisement -

“Ia satu seruan yang bernada positif untuk mengajak umat Islam membeli barangan keluaran umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pertama, katanya kerana ia diyakini status halalnya, dan keduanya boleh menyumbang kepada kejayaan kempen ‘Belilah barangan buatan Malaysia’ kerana sebahagian besar produk import adalah buatan bukan Islam.

“Ketiga, ia boleh meransang permintaan kepada keluaran perusahaan Islam kerana rata-rata usahawan SMI tempatanlah yang meningkatkan ekonomi umat Islam.

“Tidak ada mana-mana frasa dalam Kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ mengandungi perkataan mengajak pemboikotan produk bukan Islam seperti yang cuba diputarbelitkan sesetengah pihak,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 4/9/2019

- Advertisement -