Usaha semarak jiwa merdeka kepada anak muda

- Advertisement -

KAMPAR: PAS dan Umno Cawangan Changkat Tin yang masing-masing dipimpin oleh Ahmad Sepian Malek dan Zainal Abidin Selamat telah menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Santai Anak Muda dataran kampung ini, di sini 31 Ogos.

- Advertisement -

Ia dianjurkan atas kesedaran semangat kemerdekaan yang semakin luntur dalam kalangan anak muda, serta kurangnya kefahaman mengenai peri pentingnya penglibatan anak muda dalam memilih tampuk kepimpinan negara.

Program ini adalah merupakan julung kali diadakan selepas PAS mengukuhkan kerjasama berbentuk ta’awun siyasi dan disambut dengan baik oleh PAS di peringkat PAS Cawangan dalam PAS Kawasan Kampar.

Objektif program ini adalah untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan anak muda serta mendaftarkan anak muda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Antara pengisian program ini adalah acara permainan dart dan memanah, pertandingan motor tercantik, jamuan BBQ serta kaunter pendaftaran mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Entiti di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Kampar seperti Jabatan Amal dan Alternative Riding Club (ARC) tidak melepaskan peluang mempromosikan entiti mereka.

Yang DiPertua PAS Kampar, Ustaz Sofian Rejab menyeru supaya ahli PAS dan Umno mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain serta mengajak anak muda untuk memahami isu politik dan pentingnya untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam di negara ini. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0051

IMG 20190903 WA0053

IMG 20190903 WA0054

- Advertisement -