Surina wanita pertama ketuai PDRM Perlis

- Advertisement -

KANGAR: Anak jati Perlis, Dato’ Surina Saad, 56 dilantik sebagai Ketua Polis negeri yang baharu menggantikan Dato’ Noor Mushar Mohamad yang bersara wajib.

- Advertisement -

Beliau berkhidmat sebagai anggota polis selama 30 tahun dan sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah E5, Cawangan Khas Bukit Aman.

Surina yang merupakan wanita pertama yang diberi tanggungjawab mengetuai kontijen polis negeri berkata, jawatan itu dianggap sebagai anugerah dan berkat doa ibu dan ayah memintanya berkhidmat ke negeri sendiri.

“Niat saya ingin menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan yang terbaik semampu boleh, memandangkan negeri ini adalah negeri kelahiran saya.

“Kita akan tumpukan kepada integriti bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada institusi polis itu sendiri,” katanya selepas terima dan serah tugas di Ibu Pejabat Kontijen Perlis hari ini. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

- Advertisement -