Perkongsian Hijrah dalam Find Your Voice

- Advertisement -
PERMATANG PAUH: “Diberi peluang berkhidmat sebagai guru PASTI, merupakan titik penghijrahan yang sangat bermakna dalam kehidupan saya. Rasa lebih tenang dan lebih dekat dengan Allah.”
 
Berikut antara kata-kata pengucapan awam yang sangat berkesan oleh Hafzhoh Abd Aziz, 38, iaitu peserta terbaik program Find Your Voice 3.0  bertepatan dengan Maal Hijrah 1441, yang berlangsung di Masjid Sembilang, di sini semalam.
 
Sejak berkecimpung bersama Muslimat PAS Cawangan Permatang Janggus dan PASTI Permatang Janggus, penat lelahnya terbayar melalui ukhuwah, ilmu dan bimbingan yang diterima serta kepuasan memberi khidmat kepada anak- anak PASTI.
 
Find Your Voice merupakan program pengucapan awam berbentuk bengkel dan praktikal bertujuan mencungkil bakat serta mempersiap Muslimat agar berani dan berkeyakinan menyampaikan ucapan di khalayak.
 
Program tahunan anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh ini dikendalikan oleh jurulatih Professional Learning Facilitator (PLF) Rozaimi Zainall Abidin.
 
Beliau yang juga Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baru Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang berkongsi tenik-teknik asas dan gaya penampilan yang sesuai ketika berucap.
 
Setiap peserta yang terdiri daripada Muslimat Cawangan kemudiannya dikehendaki mempersembahkan praktikal ucapan masing-masing secara spontan berdasarkan pembelajaran dan mendapat penilaan oleh jurulatih.
 
Turut hadir Setiausaha Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Mazlina Jamaludin dan Ketua Penerangan Muslimat PAS Permatang Pauh, Khatijah Abdul Hamid yang menutup acara dengan menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para peserta.
 
Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baru Muslimat PAS Permatang Pauh, Aishah Nuwawi berharap penganjuran ini akan diteruskan dan mampu melahirkan Muslimat yang berketrampilan dan berkeyakinan ke hadapan. – HARAKAHDAILY 3/9/2019
IMG 20190903 WA0067
- Advertisement -