Muslimat PAS susuri Chow Kit sampaikan dakwah

- Advertisement -
TITIWANGSA: Lambaian Jalur Gemilang di sekitar Pasar Chow Kit memeriahkan program Street Dakwah Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-62 oleh Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia pada petang 31 Ogos lalu.
 
Menyedari bahawa masyarakat perlu diberi kefahaman mengenai erti kemerdekaan menurut Islam, Lajnah Dakwah tampil mengisi sambutan kemerdekaan dengan misi kemerdekaan yang hakiki. 
 
Street Dakwah yang disertai oleh wakil Lajnah Dakwah pelbagai negeri termasuk dari Sabah dan Sarawak telah menyantuni masyarakat dan peniaga di kawasan sekitar sambil berdakwah dengan mengedarkan risalah ‘Kita Merdeka’.
 
Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia, Dr Mardhiyah Hayati Salleh berharap, masyarakat dapat membebaskan diri daripada perhambaan kepada manusia dan dunia dengan memantapkan perhambaan mereka hanya kepada Allah S.W.T dalam seluruh aspek kehidupan.
 
Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia kali ini mengetengahkan Bilal Bin Rabah sebagai ‘Ikon Tokoh Jiwa Merdeka’ daripada sirah, atas kesabaran beliau mengenepikan perhambaan kepada manusia hingga Allah menggerakkan hati Saidina Abu Bakar as-Siddiq untuk memerdekakan beliau.
 
Team Street Dakwah Merdeka Lajnah Dakwah berpuas hati kerana dapat sama-sama masyarakat setempat menyambut kemerdekaan dengan melahirkan rasa cinta akan negara sebagai satu cabang keimanan. – HARAKAHDAILY 3/9/2019
IMG 20190903 WA0023
IMG 20190903 WA0022
IMG 20190903 WA0020
IMG 20190903 WA0019
IMG 20190903 WA0018
- Advertisement -