Kanak-kanak lemas di Lombong Patro Sg Galah

- Advertisement -

PASIR SALAK: Seorang kanak-kanak, Muhammad Zafran Aqasshah Mahdzlan berusia 4 tahun ditemui mati lemas di lombong berhampiran sebuah resort, di sini hari ini.

- Advertisement -

Dia yang merupakan anak tunggal dan ibunya, Siti Norzaimah Ahmad Zaiyan, 33 tahun tinggal di rumah sewa berhampiran di mana dipercayai terjatuh di lokasi kejadian sekitar jam 5:35 petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, telah menerima maklumat mengenai kejadian lemas di lombong berhampiran resort di Jalan Tanjung Tualang itu pada jam 6 petang.

“Selipar mangsa telah dijumpai di kawasan lombong tersebut dan ke dalaman lombong kira-kira 30 meter,” kata pegawai berkenaan dalam kenyataan semalam.

Kerja menyelamat melibatkan anggota Balai Bomba Seri Iskandar bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta 20 anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Pasir Salak dan Tapah.

Turut serta dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) ini adalah anggota RELA, selain operasi turut menggunakan bot sebelum terpaksa dihentikan jam 3:30 pagi kerana keadaan gelap.

Operasi SAR disambung semula selepas Subuh pagi tadi dan mayat mangsa telah ditemui timbul pada jam 7.04 pagi sebelum dibawa ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0107

IMG 20190903 WA0106

- Advertisement -