Salam Maal Hijrah 1441H dari Muslimat PAS

- Advertisement -
NILAI Hijrah pada zaman Rasulullah S.A.W harus menjadi satu ikutan di dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim yang Mukmin. Bagaimana sanggupnya para Sahabat meninggalkan perkara keduniaan demi mengejar mardhatillah. 
 
Sungguh tidak mudah untuk meninggalkan segala usaha dan kekayaan yang telah dilakukan sepanjang usia di Makkah hanya untuk ke Madinah dengan tangan kosong. Bahkan tidak ada janji bahawa akan ada kekayaan lain menanti di sana. Namun kerana demi cinta Allah, para Sahabat tetap yakin rahmat Allah begitu luas. 
 
Alhamdulillah, kini masyarakat mula memahami bahawa hijrah bukan sekadar perpindahan tempat tetapi juga ada perubahan diri dari kezaliman kepada keadilan dan kebaikan. 
 
Berubah menjadi solehah itu memang susah namun mempertahankan erti solehah itu lagi payah. Kalimah istiqamah sangat mudah untuk disebut tapi untuk dilaksanakan belum tentu berjaya. 
 
Maka kekuatan dan semangat para sahabat semasa melakukan hijrah perlu kita semai dan terap dalam diri agar kita kekal berada dalam hidayah Allah swt. 
 
Melihat suasana negara yang kian menekan Islam, kita harus berhijrah kepada kehidupan yang lebih kepada kehidupan berteraskan islam. Menambah ilmu dan amal demi kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
 
YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 2/9/2019
- Advertisement -