PAS yakin bersama Umno ambil alih Perak

- Advertisement -

PASIR SALAK: Walaupun PAS hanya memiliki tiga kerusi Dun, namun jika perancangan bersama Umno disusun secara baik dan teratur, akan membuka peluang mengambil alih teraju Kerajaan Negeri Perak dari PH.

- Advertisement -

Keyakinan tersebut diungkap Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Melayu Bangkit, Islam Memimpin 2.0 di Pekan Rabu Sungai Manik, di sini malam kelmarin dahulu.

“Dua minggu lagi kita akan menandatangani satu piagam percantuman antara dua parti politik Melayu terbesar bukan sahaja di Malaysia, bahkan dunia untuk satu muafakat peringkat Nasional,” ujarnya optimis terhadap hubungan itu.

Nada semangat sama terdahulu disuarakan Yang DiPertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari yang menyifatkan himpunan itu telah membawa satu momentum penyatuan bangsa Melayu di atas nama Islam untuk tujuan dunia hingga akhirat.

Himpunan bersejarah dilimpahi kehadiran ribuan penduduk ini turut membariskan pimpinan tertinggi Umno iaitu Presiden, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Presiden, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak serta Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato’ Tajuddin Abdul Rahman.

Majlis juga diserikan dengan persembahan dikir oleh kumpulan Dendang Anak, selain kuliah Maghrib oleh penceramah jemputan, Ustaz Ahmad Husam Sheikh Dato’ Baderuddin, termasuk perarakan anggota PAS dan Umno.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria pula dalam ucapannya mengingatkan umat terhadap pengajaran di Kashmir, sekali gus mengajak supaya negara ini ‘dimerdekakan’ dari bangsa DAP. –HARAKAHDAILY 2/9/2019

IMG 20190902 WA0021

IMG 20190902 WA0022

IMG 20190902 WA0025

IMG 20190902 WA0027

IMG 20190902 WA0029

- Advertisement -