Muslimat PAS anjur solat hajat untuk para pelajar

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Muslimat PAS Cawangan Taman Balok Makmur telah mengadakan majlis solat hajat sempena cuti Hari Kemerdekaan untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

- Advertisement -

Imamah dan penceramah adalah Ustazah Norhayati Ibrahim bersama kehadiran 80 penduduk pada majlis di Masjid Taman Balok Makmur, di sini kelmarin.

Banyak nasihat diberikan beliau kepada anak-anak yang bakal menempuh peperiksaan ini disamping doa kejayaan buat mereka, terutama melibatkan solat, persediaan awal, alat tulis, bekalan doa, berwuduk, restu ibu bapa, kemaafan dan sarapan.

Beliau turut menyentuh mengenai kemerdekaan sebenar dan penghijrahan Rasulullah S.A.W, serta seruan untuk memerdeka dan berhijrah minda dari pengaruh negatif yang boleh menjajah diri.

Hadir sama adalah Ketua Muslimat PAS Balok Makmur, Norhaniza Ali bersama Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan. –HARAKAHDAILY 2/9/2019

- Advertisement -