Himpunan Sukarelawan Dakwah Malaysia

- Advertisement -

GOMBAK: Lajnah Dakwah PAS Pusat buat julung kalinya mengadakan Himpunan Suiarelawan Dakwah Malaysia bertempat di Dewan Kompleks Lincah Mahaguru Omar Din (KLMO), Batu Caves, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program ini dialukan terbuka kepada mereka yang bersedia menjadi daie, mampu turun ke medan dakwah menyebarkan Islam kepada tiga golongan sasaran iaitu orang Islam, orang bukan Islam dan generasi Z.

Himpunan ini dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad yang menegaskan bahawa ruang dakwah terbuka luas kepada sesiapa sahaja untuk mengajak orang mengenal Allah.

Beliau juga mengingatkan, kerja dakwah ini bukan sesuatu yang mudah terutamanya untuk mengubah keyakinan dan ideologi manusia dari jahil kepada Islam.

Slot ‘Kongsi Pengalaman Dakwah’ menampilkan Pendakwah yang juga Penasihat Utama Sister In Unity, Aishah Azra Jenal Abdullah dan Presiden Multiracial Reverted Muslim Brothers, Firdaus Wong.

Himpunan juga turut diserikan dengan kehadiran kumpulan Nasyid Shoutul Amal yang memperdengarkan lagu semangat buat para bakal daie di majlis ini.

Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menetapkan 10 garis panduan dan peraturan buat sukarelawan dakwah PAS untuk turun ke medan dakwah.

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan pula menyatakan, pihaknya mensasarkan 1,000 pendakwah menjelang akhir 2019 ini dan berharap akan dapat dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY 2/9/2019

IMG 20190902 WA0039

- Advertisement -