Abang Ustaz Idris kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Haji Yahya Ahmad, 65, abang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.17 petang ini di Hospital Taiping.

- Advertisement -

Menurut Ustaz Idris, jenazah Bendahari PAS Kawasan Bukit Gantang itu boleh diziarahi di rumah almarhum di Kampung Changkat Ibul.

“Insya Allah solat jenazah diadakan di Masjid Changkat Ibul jam 10 pagi esok.

“Maafkan segala kesalahan abang saya sekiranya beliau melakukan kesilapan. Sekiranya beliau ada berhutang sila maklum kepada saya atau isteri dan anak-anak almarhum,” ujarnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau juga berharap dapat dipanjangkan maklumat mengenai kematian abangnya itu kepada kawan-kawan sekolah almarhum di Pondok Irsyadiah Batu 26 Bagan Datoh, Maktab Mahmud Alor Setar, Fakulti Syariah UKM dan tempat kerja terakhir almarhum di Majlis Perbandaran Taiping.

“Hadiahkan Al-Fatihah kepada abang saya semoga beliau bersama orang yang soleh,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 2/9/2019

- Advertisement -