Warga At-Ta’alim raikan merdeka penuh meriah

- Advertisement -

LUMUT: Sekolah Rendah Islam At-Ta’alim (SERI At-Ta’alim) telah menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia bertempat di Padang Mini Seri Manjung, pagi kelmarin.

- Advertisement -

Sambutan dirasmikan oleh Guru Besar SERI At-Ta’alim, Norliza Mohd Fadzil itu membangkitkan semangat patriotik kalangan warga At-Ta’alim.

Terdahulu, perarakan masuk murid-murid dari bangunan sekolah menuju ke tapak perhimpunan dengan pakaian yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ telah mula berlangsung pada jam 7:30 pagi.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya Guru Besar mengingatkan murid-murid terhadap tujuan kemerdekaan disambut serta penghargaan di atas pengorbanan para guru serta ibu bapa.

Dalam pada itu, telah berlangsung pelbagai aktiviti khas untuk murid-murid SERI At-Ta’alim seperti pertandingan kelas paling ceria, poster kemerdekaan dan mewarna gambar tokoh-tokoh negara sepanjang bulan Ogos.

Turut berlangsung persembahan khas murid tahun tiga menyampaikan sajak kemerdekaan secara berkumpulan dan peragaan pakaian bertemakan kemerdekaan.

Penyampaian hadiah bagi semua acara yang dipertandingkan memeriahkan lagi sambutan hari bersejarah ini dan program berakhir dengan nyanyian lagu patriotik daripada warga SERI At-Ta’alim lambang kecintaan kepada tanah air. – HARAKAHDAILY 1/9/2019

IMG 20190901 WA0045

IMG 20190901 WA0043

IMG 20190901 WA0046

- Advertisement -