PAS Lumut semarakkan sambutan Merdeka

- Advertisement -

LUMUT: Lajnah Penerangan PAS Kawasan Lumut telah mengadakan pengedaran bendera Malaysia yang dipasang di kereta secara percuma dan risalah Doa Kemerdekaan kepada orang ramai di Seri Manjung, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program berlangsung dua sesi di mana pada waktu tengahari pengedaran dan melekatkan bendera Malaysia diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Lumut, Ridzuan Shafie di hadapan SRITI At-Taqwa.

Pada sebelah petang pula, pengedaran diadakan di hadapan Kedai Runcit Taqwa Green Mart yang dimiliki sepenuhnya oleh PAS Kawasan Lumut.

Ianya diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Lumut, Zainal Abidin Saad dan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Nizar Majid mengedar risalah Doa Kemerdekaan.

Doa tersebut dibaca pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957 oleh Mufti Pertama Malaysia, Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad Muhammad Said.

Selain daripada itu, PAS Lumut turut menyambut baik saranan PAS Pusat mengindahkan bangunan dan persekitaran dengan mengibarkan bendera di premis-premis PAS. – HARAKAHDAILY 1/9/2019

IMG 20190901 WA0077

IMG 20190901 WA0075

- Advertisement -