Kontinjen PAS Temerloh sertai perbarisan merdeka

- Advertisement -

TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh melakar sejarah apabila buat julung kalinya menyertai perarakan dan perbarisan Hari Kemerdekaan di Dataran Temerloh, di sini pagi semalam.

- Advertisement -

Kontinjen diketuai Yang DiPertua PAS Temerloh, Jusuh Darus ini diwakili 90 anggota melibatkan pimpinan PAS Kawasan dan Dewan-dewan termasuk guru dan para pelajar entiti parti ini.

Menerusi penyertaan ini bermakna PAS Temerloh telah turut sama dengan 30 kontinjen lain dari jabatan dan agensi serta wakil swasta mengarak Jalur Gemilang dalam perbarisan gilang-gemilang ini.

Turut serta pada perbarisan yang menyaksikan kontinjen Majlis Perbandaran Temerloh diumum memenangi kontinjen terbaik ini adalah Adun Kuala Semantan, Dato’ Azmi Mat Ludin.

Sementara itu Jusuh ketika diminta mengulas penyertaan ini menyifatkan ia bukti Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang digagas serta diperkenalkan oleh PAS.

Menerusinya kata beliau, PAS dapat berinteraksi dengan banyak pihak dan mengharap semangat kemerdekaan akan menjadikan Malaysia lebih baik dalam segenap aspek. – HARAKAHDAILY 1/9/2019

IMG 20190901 WA0059

IMG 20190901 WA0066

IMG 20190901 WA0067

IMG 20190901 WA0068

IMG 20190901 WA0069

 

- Advertisement -