Kecoh majlis Quran dituduh sebabkan pecah belah

- Advertisement -

RAUB: Walau dilanda sedikit ketegangan isu dengan tuduhan surau dipolitikkan oleh pihak yang skeptikal dengan kebangkitan Islam, namun akhirnya program Malaysia Quran Hour Daerah Raub dapat diteruskan.

- Advertisement -

Malah, ia tidak langsung mematahkan semangat juang Muslimat PAS Kawasan Raub dibawah Lajnah Dakwah yang diketuai Ustazah Nik Fatinah Nik Ahmad, untuk terus turut sama menyertai majlis di Masjid Tengku Abu Bakar (MTAB) kelmarin.

Program berjalan lancar dan meriah sekali bermula dengan alunan bacaan al-Quran bersama pembimbingnya, Ustaz Sharizan Md Esa, dimulai dengan ummul kitab surah al-Fatihah, dan surah al-Baqarah ayat pertama hingga kelima. 

Lebih 60 pelajar Maahad Tahfiz sekitar Raub dan hampir 100 peserta Muslimat dari Pertubuhan Wanita PERKIM Raub, Pusat Pengajian Al Quran Raudhatul Quran, guru dan pelajar dewasanya, Ahli Jamaah Masjid Tengku Abu Bakar dan Muslimat PAS sendiri.

Walau disaat akhir berlaku pertukaran tempat, namun kerana adanya kerjasama yang sangat baik dari pihak masjid dan semua yang terlibat, penyelaras program yang dibantu Muslimat tetap dapat dijayakan.

Program yang asalnya akan dijalankan di sebuah surau moden di Taman Perumahan Amelina Lestari Raub, namun terhalang, tetapi hikmahnya ia berpindah ke lokasi lebih besar dan penyertaan lebih ramai.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa surau berkenaan yang menuduh penglibatan program ‘didalangi’ orang politik dan akan memecah-belahkan masyarakat jelas satu fobia dan fitnah.

Walhal, program al-Quran ini jelas menyatukan jasad dan hati di mana akhirnya tujuan program untuk bertadarus dan mentadabbur surah al-Kahfi dengan bimbingan Ustaz Shahrizan.

Beliau yang merupakan Mudir Pusat Tahfiz Madinah, Kampung Jeruas Sega, menjadikan talaqqi halaqah yang dilaksanakan itu berjaya mengkhatam tartil bacaan ayat Agung tersebut.

Majlis bukan sahaja lancar, malah diakhiri dengan iringan Doa Keselamatan Negara sempena ulangtahun Kemerdekaan yangmenyatukan, bukan memecah-belahkan. – HARAKAHDAILY 1/9/2019

IMG 20190901 WA0053

IMG 20190901 WA0052

- Advertisement -