Pertahan kedaulatan negara dari ‘makhluk perosak’

KEMERDEKAAN dikecapi kini adalah anugerah sangat besar kepada seluruh warga Malaysia. Nikmat yang diperoleh melalui sejarah panjang perjuangan yang mengorbankan darah dan nyawa ribuan pejuang dan perajurit negara. 
 
Pengorbanan hebat pejuang-pejuang ini telah membebaskan negara dengan Perlembagaan Persekutuan menjadi paksi negara. 
 
Hari ini, paksi negara yg dibina dan diterima baik sejak kemerdekaan telah cuba dirobek oleh pengkhianat-pengkhianat negara berwajah baru. Mereka sedang berusaha untuk menggugat kedudukan Islam, kedudukan institusi Istana, Bahasa Melayu dan keistimewaan Melayu serta Pribumi Sabah dan Sarawak  secara terbuka. 
 
Keadaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada sebahagian besar warga negara yang telah hidup aman harmoni sekian lama dengan menghormati dan mematuhi paksi negara ini.
 
Maka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62 ini, marilah seluruh warga Malaysia untuk kita bersatu hati dan suara pertahankan kedaulatan negara daripada serangan ‘makhluk perosak’ negara yang sedang rakus mencabar dan merobek Perlembagaan Negara yang seolah-olah lupa atau cuba menafikan sejarah kemerdekaan negara.
 
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-62 .
 
“Islam Memimpin Perpaduan”
 
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 31/8/2019