PAS Pekan serah bantuan buat mangsa kebakaran

- Advertisement -

PEKAN: Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf telah menziarahi sebuah keluarga yang merupakan mangsa kebakaran di Kampung Permatang Pauh, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ziarah ini sebagai menzahirkan rasa simpati dan keperihatinan di atas musibah yang menimpa, disamping menyerahkan sumbangan bantuan buat keluarga mangsa yang tinggal sehelai sepinggang ini.

Turut serta menyantuni ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pekan, Ahmad Haron serta Pengerusi dan Setiausaha Lajnah Kebajikan Muslimat Pekan, Siti Hawa Mohamed dan Roshayati Yahya.

Dalam tragedi sekitar jam 4 pagi pada 26 Ogos, Norkhadijah Ibrahim ketika terjaga hendak ke tandas ternampak cahaya di bahagian dapur dari api yang sedang marak, lantas bergegas mengejutkan suami dan anak-anaknya.

Kebakaran itu memusnahkan kediaman tanpa ada yang dapat diselamatkan dan Norkhadijah cuma sempat mengambil surat beranak semata-mata.

Pun begitu beliau tetap bersyukur kerana dia dan suami, Mohd Zaid Abdullah serta tiga orang anak-anaknya yang masing-masing berusia 20 tahun,15 tahun dan 10 tahun terselamat.

Memandangkan Zaid hanya bekerja sebagai pemandu lori dan anak-anak masih bersekolah, maka orang ramai dialu-alu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun BIMB 06073010006414 atas nama Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan untuk disampaikan kepada keluarga mangsa. – HARAKAHDAILY 31/8/2019

IMG 20190831 WA0079

IMG 20190831 WA0077

- Advertisement -