PAS dan Umno bersama kibar Jalur Gemilang

- Advertisement -

KENINGAU: PAS Negeri Sabah bersama Umno Zon 4 Sabah telah menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan Ke-62 di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kempen tersebut diadakan untuk menyemai semangat patriotisme dan sayang akan negara dengan mengedar Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah kepada pengguna lalu lintas di sini.

Risalah program kibar Jalur Gemilang dan ceramah kemerdekaan perpaduan rakyat turut diedarkan di mana ia julung-julung kali diadakan bersama PAS dan Umno di Sabah.

Sekali gus, program ini melakar satu sejarah antara kedua-dua parti selepas lebih 60 tahun menjadi musuh politik dan kini memasuki fasa awal ta’awun siyasi.

Hadir pada program ini Timbalan Pesuruhjaya I dan III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dan Abdul Hisham Othman, serta Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah dan Timbalan Yang Dipertua PAS Keningau, Sahmain Hasim.

Manakala pimpinan Umno Bahagian Keningau yang hadir ialah Pengerusi Tetap, Rimin Saman dan Setiausaha, Rudy Jijau serta Naib Ketua Puteri, Siti Sulastri Maimin. – HARAKAHDAILY 31/8/2019

IMG 20190831 WA0086

- Advertisement -