Milagros Capomayor (Mila) dan ayahnya Tan Sri UAR

IMG 20190901 WA0001
- Advertisement -

TANGGAL 30 Ogos 2019, adalah hari penting. Mesej saya melaluiMessenger Facebook akhirnya dijawab dari Merawi City yang hancur akibat peperangan selama puluhan tahun. Autonomi yang diberikan Manila kepada Merawi adalah menyerahkan sebuah kemusnahan untuk bangun sendiri….

- Advertisement -

“Waaalikumusala’am. Good day, Sir. Alhamdulillah this is very good news. My mother said we can also send you a back story on how she met Ustadz Azizan’s family. Sure, we will send the photo as soon as we can. Thank you very much.” – Yara

Pada tahun 2013, selepas kembalinya Ustaz Azizan Abdul Razak (UAR) ke Rahmatullah pada bulan September, saya diceritakan oleh Puan Seri Faekah Sheikh Hamzah (Kak Faekah) mengenai syahadahnya Milagros Campomayor di hadapan ‘ayahnya’ Ustaz Azizan pada satu petang, selepas si anak berharap dipelawa sejak beberapa tahun.

Sejak mendengar kisah itu, saya cuba mencari anak angkat mereka yang memanggil mereka Ayah dan Mak, yang terputus hubungan sejak penghujung tahun 90-an.

Kisah Mila dan keluarga Ustaz Azizan adalah kisah teladan, ketinggian budi dan kemuliaan hati tanpa sempadan seorang manusia yang kemudiannya menjadi pemimpin ulung di negara ini.

Banyak kisah kebaikan Ustaz Azizan yang sengaja ‘disembunyikan’ untuk memelihara pahala amalannya. Kisah Milagros menangkis tuduhan bahawa UAR sukar didekati, ‘cengey’, dan sukar diajak berbincang. Di sebalik ketegasan Ustaz Azizan sebagai pemimpin, tersorok hati dan budi yang lembut, kaya dengan kemanusiaan.

Oktober 2013: Kak Faekah membuka cerita…

1986 – Ustaz Azizan Ke Mindanao State University, Philippines.

Arwah Ustaz ke Philippines pada tahun 1986 sebagai pensyarah jemputan di Mindanao State University (MSU), mengajar Islamic Jurisprudence, di Fakulti Undang-Undang, bidang pengajian baru yang diasaskan oleh Ustaz Azizan dan rakan-rakan di situ, termasuk Prof Ahmad Ibrahim turut membantu.

Kami tinggal di Marawi City, Mindanao dalam satu kawasan berdekatan dengan Universiti, namanya Ford Village.

Ustaz berjalan kaki saja ke tempat kerja, melintasi kejiranan penduduk yang ramai setiap hari. Kata mereka Ustaz Azizan (dipanggil Profesor Azizan) adalah ‘the first Malaysian ever to stay there’.

Kat MSU tu ada satu sistem di mana pelajar-pelajar miskin boleh dijadikan anak angkat oleh pensyarah, tinggal dengan pensyarah dan semua perbelanjaan kolej, temasuk duit poket pensyarah akan bagi.

Mereka pula kena tolong pensyarah di rumah membantu kerja-kerja yang perlu seperti memasak, basuh baju, seterika, tolong jaga anak dan lain-lain.

Ustaz pun ambil seorang anak angkat dari keluarga miskin bernama Milagros Campomayor. Mila dan keluarganya beragama Kristian Katholik mengambil kursus Hotel Management and Catering di MSU.

Mila panggil ‘Ayah’ dan ‘Mak’ kepada Ustaz dan Kak.

Di Philippines, kami di kurniakan seorang lagi anak, Wasimah, menjadikan semua dah enam anak. Mila sudah jadi pengasuh Wasimah sejak lahir.

1988-89 – Pulang Ke Malaysia

Kami pulang ke Malaysia pada akhir tahun 1988 selepas Ustaz selasaikan tugasnya di MSU. Lebih kurang 7 bulan kemudian, Mila pun graduate, dan dia minta untuk datang ke Malaysia tinggal dengan kami. Memang Kak selalu berutus surat dengan Mila bila dah balik ke Kuala Lumpur.

Ustaz Azizan bersetuju dan Mila pun datanglah. Masa tu rumah di Kampung Teras Jernang, Bangi baru siap dan baru kami diami pada tahun 1989.

Mila memang rajin bekerja, tak kira waktu mana, tengah tidur pun dia bangun kalau di suruh apa-apa. Akhirnya Ustaz kesian kat dia, datang jauh-jauh jadi pembantu rumah saja.

Umurnya dia pun masih muda. Ustaz suruh Mila sambung mengaji di KUSZA, Terengganu. Dia sempat jadi pembantu rumah lebih kurang 1 tahun saja. Ustaz tanggung semua pengajian Mila.

Walaupun KUSZA menggunakan Bahasa Melayu, tapi Mila boleh ikut dan lulus bidang perakaunan.

Pada satu hari selepas balik dari Terengganu, Mila ada bercakap dengan Ustaz.

“Ayah, kenapa ayah tak mau ajak Mila memeluk Islam? Mila tunggu Ayah ajak Mila memeluk Islam sejak di Philippines lagi. Dah bertahun-tahun Mila tunggu..,” tanya Mila.

“Kalau Mila mau baguslah. Mai Ayah ajar mengucap kalimah syahadah,” ajak UAR.

Petang tu Milagros memeluk Islam dan Ustaz namakan dia Jamilah.

Lepas itu Ustaz hantar Mila ke PERKIM, tinggal di asrama, mendalami Islam sebagai mauallaf. Masa tu PERKIM bawah Dato’ Ahmad Nordin.

Kemudian Ustaz hantar Mila mengambil kursus di koleh swasta, Raffles Colleges mengambil kursus secretary atau steno. Kolej tu terkenal sekitar tahun 90-an.

Lepas tu Ustaz kirakan Jamilah bekerja di Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia and the Pacific (RISEAP). Di situ, Mila bertemu Lokman, orang Philippines yang kerja di situ. Ustaz jodohkan mereka.

Selepas tamat kontrak di RISEAP, Lokman balik dulu ke Philippines bekerja di sebuah majalah Islam di sana.

Mila ikut pulang ke Philippines sekitar tahun 1992/93. Masa tu Wasimah berumur 4 atau 5 tahun. Wasimah memang trauma bila Mila dah tak ada. Sampai sekarang Wasimah tak berapa pandai bercakap dengan orang, asyik dengan Mila saja sejak kecil dulu.

Beberapa tahun kemudian, kami terputus hubungan sehinggalah Ustaz Azizan meninggal dunia pada 2013. Kami sentiasa merindukan Jamilah. Dia seperti anak kandung kami sendiri…

Ogos 2019…

Bulan lepas Kak Faekah memaklumkan Jamilah diserang kanser. Dia baru saja dimaklumkan melalui Facebook oleh Yara anak Mila dan Lokman. Mila tidak dapat meneruskan rawatan kerana kesempitan hidup. Dia bertarung dengan kesihatan yang kian merosot.

Suratnya tiba dengan penuh harapan dan kehibaan…

Letter from Inah Mila:

Aug. 4, 2019

Dear Mak Faiqah, Mawaddah, Yahya, Zakaria, Rahmah, Muhammad, Wasimah, Ahmad, Solehah, Mak Cik Aini & family, Mak Cik Shiamsiah & family, and to all those whom you and I knew when I was there in Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

May this letter find you all well.

I ask pardon for not being able to communicate with you all as much as I wanted to. The main reason is that my personal cellphone is not capable of using the internet and even though Yara, my daughter, is now back in Zamboanga. I find it difficult to use her phone. The signal is very difficult at daytime (we have no internet connection) and at night I can’t stay awake for so long to wait for the data signal to get better. However, I’m still able to “follow” you because Yara always updates me every time messages from you come. Thank you so much for those messages and updates.

By the way, I have to be straightforward. I asked Yara to send this letter to you because I’m asking for a great favor from you all. I need financial assistance to sustain my chemotherapy treatment. I had my first cycle (out of eight) last July 31, 2019. Alhamdulillah it went well with the usual expected side effects. I’m back home and I pray the worst side effects are now over, Insha Allah.

Mak, my husband’s salary has been stopped since January this year because of the change in the political situation in the Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) now Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao (BARMM) where he has been employed. Although there was a promise for him to be part of the Transition Government, until now, nothing is final yet.

Yara’s savings and Amin’s (my son) salary sustain us this past few months but I’m sad to say that Yara has left her regular job at the Philippine Daily Inquirer in Makati City, she came home last March and has to take care of me aside from the chores that I could no longer do. Only Amin, who is now based in Cotabato City, is supporting us financially on a regular basis. We have already incurred debts even if, from time to time, friends and relatives dole out but it became much harder for us because of my treatment.

Mak, the main reason why I did not undergo surgery/chemo treatment before is because I knew we could not afford it, especially at that time when Amin was still in college and Yara just started on her job. All I did was “alternative”/herbal medicine like the one you suggested–guyabano (soursop) fruit. I followed all advice from friends and relatives who in some way “experienced” the healing wonder of herbal/alternative medicine. Unfortunately, all those were not effective on me though it helped in delaying the growth of the tumor.

Doctors said I came to them a bit late but there’s still hope I can be cured, with all our prayers and Allah’s blessings I will be cured… Insha Allah… Ameen…

Mak, I’m so sorry to do this to you. But because until now I still feel you’re all family to me and I believe families share the good and bad things that are happening in each other’s lives so here I am. I’m sorry I was not there to share the pain of losing Ayah but I’m glad it seemed to me that you all faced and survived this ordeal wonderfully well. Until now he appears in my dreams “alive.” In fact the other night, I did dream of you and him talking. From time to time I still dream about all of us in K.L. –the children still small as if time stood still.

Mak, it might be too much to ask from you but I’m knocking on your hearts, kindly help me to sustain my treatment. The Philippine Health Insurance System subsidizes only a small portion of the cost and it takes Yara several times to go over and over several government offices to avail subsidy. I know you knew how the bureaucracy works here in the Philippines and when you stayed in Marawi–sad to say nothing changed that much.

I know I’ve taken much of your time already but before I end, allow me to again ask pardon for everything I did or did not do that displeased you since the day we met in MSU.

I’m thanking you all in advance. May Allah SWT bless you more and grant your deepest prayers. I love and missed you all. Advance Happy Hari Raya Eid’l Adha. Eid Mubarak to all.

Always,
(Kah) Mila

P.S. Kindly send your donation to this Metrobank account: MILAGROS C. LUKMAN
090-309-025-8355
Zamboanga City, Philippines

Surat ini telah membawa saya kembali menyorot segala kebaikan Ustaz Azizan sewaktu hidupnya. Atas jasa besar Ustaz Azizan kepada saya dan kepada masyarakat, saya berhasrat membantu anak dan cucu Almarhum Ustaz Azizan yang sedang menghadapi kesulitan di Marawi City – memanjangkan kebajikan yang dimulai oleh beliau lebih 30 tahun lalu.

Kepada yang ingin turut membantu, sila whatsapp saya di 0125969220. Insya-Allah kita akan bawakan sedikit kelegaan kepada Milagros dan keluarganya sekadar upaya yang ada.

MUHAMMAD SANUSI MD NOR – HARAKAHDAILY 1/9/2019

* penulis ialah Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Yang DiPertua PAS Kawasan Sik dan Adun Jeneri serta Ketua Pembangkang Dun Kedah. Beliau bersama Almarhum UAR selaku Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah 2008-2013

IMG 20190901 WA0000

IMG 20190901 WA0002

IMG 20190901 WA0003

- Advertisement -