Liga Futsal DACS Selangor temukan 12 pasukan

- Advertisement -

SHAH ALAM: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Negeri Selangor telah melancarkan Liga Futsal DACS musim ke-3 yang berlangsung di Sportizza, Seksyen 16, Shah Alam, di sini bermula 28 Ogos sehingga November depan.

- Advertisement -

Sebanyak 12 pasukan melibatkan 120 pemain kalangan anak muda akan berentap mengikut kumpulan yang telah dibahagikan jam 9.00 sehingga 12.00 malam pada setiap hari Rabu secara mingguan.

Objektif penganjurannya untuk mendekati dan membina hubungan dengan anak muda sama ada pemain mahupun penyokong menerusi medium sukan.

Di samping itu, DACS juga mendidik agar pemain mengikut lunas syariah dari sudut pemakaian menutupi aurat serta hubungan ukhuwah yang diterapkan dalam kalangan pemain sama.

Pelancaran Liga Futsal ini tdirasmikan Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar yang juga Timbalan Pengarah DACS Pemuda PAS Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan aspek sukan yang mematuhi lunas syariat Islam agar mendapat keberkatan di sisi Allah.

Ini kerana katanya, Islam adalah agama yang syumul meliputi semua aspek dalam kehidupan termasuklah soal sukan, riadah, kesihatan dan sebagainya.

Sehubungan itu ujarnya, ia menjadi bukti kepada anak muda bahawa PAS bukanlah hanya parti politik semata-mata, tetapi jemaah Islam yang menerapkan segala hukum Islam dalam pelbagai lapangan.

Selain itu, ujar beliau juga bahawa dengan bersenam dan bersukan yang betul, ia akan memberikan kesihatan dan kekuatan di mana inilah aset dan bonus untuk semakin kuat dan rajin beribadah kepada Allah S.W.T. –HARAKAHDAILY 31/8/2019

- Advertisement -