Konvoi Dakwah ARC Titiwangsa malam merdeka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Alternative Riding Club (ARC) Kawasan Titiwangsa telah menjalankan aktiviti dakwah lapangan dengan turun ke Dataran Merdeka dan KLCC, di sini malam kelmarin.

- Advertisement -

Pengerusi ARC Titiwangsa, Ustaz Azuan Sam Abd Salam mengetuai misi Konvoi dan Dakwah Merdeka ini telah disertai sekitar 20 anggota ARC yang tampil serba hijau.

Dua lokasi ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutama warga kota meraikan sambutan ambang Merdeka yang turut meriah diwarnai oleh percikan bunga api pada kemuncak 12 tengah malam.

Anggota ARC Titiwangsa telah bersama menyantuni hadirin dengan mengedarkan risalah khas sebagai memenuhi tanggungjawab sesama Muslim dalam urusan amar makruf nahi munkar.

Mesej utama yang diserukan pada inisiatif ini adalah menyampaikan ajakan untuk menjaga solat dan menjauhi segala perbuatan dosa di mana ia mendapat reaksi positif dari hadirin rata-ratanya anak muda. – HARAKAHDAILY 1/9/2019

IMG 20190901 WA0017

IMG 20190901 WA0012

- Advertisement -