Ibrah al-Kahfi inspirasi merdeka Muslimat Bentong

- Advertisement -

BENTONG: Dewan Muslimat PAS Kawasan Bentong telah menjayakan program Malaysia Quran Hour yang dilangsungkan di Markas PAS Kemasul, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini telah dipimpin Ketua Muslimat PAS Bentong, Roslin Jidin yang membacakan surah al-Kahfi dengan terdahulu majlis dimulakan dengan ayat dari surah Fatihah dan lima ayat awal al-Baqarah.

Hadir sama pada majlis ini adalah Ketua Muslimat PAS Cawangan-cawangan iaitu Kemasul, Rosnah Halus dan Sungai Kemahal, Saakdiah Hasan serta Simpang Pelangai, Liza Yusof.

Tazkirah mengenai ibrah dan kisah tujuh pemuda al-Kahfi pula telah disampaikan oleh Ketua Muslimat PAS Cawangan Chemomoi, Ustazah Rokiah Ahmad dalam majlis dihadiri 20 peserta ini.

Program ini telah diadakan serentak seluruh Malaysia memasuki tahun kelima yang terdahulu telah diperkenalkan menerusi kempen sedunia World Quran Hour sejak beberapa tahun lalu. – HARAKAHDAILY 31/8/2019

IMG 20190831 WA0049

- Advertisement -