Guna semula bas mini langkah ke belakang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semula perkhidmatan bas mini yang telah ditamatkan sejak 1998 disifatkan sebagai langkah ke belakang.

- Advertisement -

shahirMalah, menurut Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan langkah itu juga bertentangan dengan aspirasi Wawasan 2020 yang dibentangkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 pada persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 1 Mei 1991.

Katanya, tahun 2020 merupakan satu tarikh keramat buat semua rakyat Malaysia, terutama golongan anak muda yang didendangkan dengan visi Wawasan 2020 sejak tahun 1991.

Namun katanya yang gusar dengan perkembangan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini yang dilihat telah tersasar dari landasan yang sepatutnya.

“Dasar pengangkutan awam seharusnya menjadi lebih baik ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Namun begitu, pada minggu lepas Kabinet telah meluluskan dasar motor e-hailing seperti GoJek dan diumumkan pula bahawa perkhidmatan bas mini akan dilaksanakan kembali setelah dihentikan 21 tahun yang lalu.

“Anak muda amat gusar dengan perkembangan dasar-dasar pengangkutan awam yang ke belakang seperti GoJek dan bas mini. Adakah negara kembali kepada tahun 1970-an atau 1990-an?” soalnya.

Berikutan itu, pihaknya menggesa kerajaan memperkasakan pertumbuhan perkhidmatan awam yang bersih dan hijau iaitu tren elektrik seperti LRT dan MRT adalah contoh perkhidmatan awam ke arah negara maju.

Shahir berkata, pertambahan motosikal melalui GoJek dan bas mini bakal mengakibatkan kesesakan lalu lintas, malah negara bakal menjadi seperti negara jiran yang kurang integrasi sistem perkhidmatan awam serta meningkatkan statistik kemalangan jalan raya.

Justeru itu, beliau berharap kerajaan tidak membuang masa, tenaga, dan duit rakyat dengan mengadakan percubaan untuk membawa kembali perkhidmatan bas mini dan memulakan perkhidmatan motosikal “e-hailing”.

Bas mini mula diperkenalkan pada tahun 1975, perkhidmatan itu ditamatkan pada 1998 selepas pihak berkuasa menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara, malah kerana faktor keselamatan dan kesesakan lalu lintas.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij mengumumkan akan memperkenalkan semula perkhidmatan bas mini di Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 31/8/2019

- Advertisement -