Model keharmonian kaum di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan mahu menjadikan keharmonian pelbagai masyarakat di negeri itu menjadi model kepada negeri-negeri lain.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, keharmonian pelbagai kaum di Kelantan wujud sejak sekian lama.

“Ia perlu menjadi contoh kepada semua pihak khususnya pelbagai kaum di negara ini, bagaimana mereka boleh hidup aman bersama.

“Kelantan negeri yang tidak terlibat dengan peristiwa 13 Mei 1969 kerana rakyat pelbagai kaum hidup bersatu-padu sebagai satu keluarga,” katanya
pada majlis Makan Pulut Durian Hubungan Antara Kaum di Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho, di sini hari ini.

Program berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Lebih 500 masyarakat pelbagai kaum termasuk Cina, India, Siam dan Melayu hadir pada majlis itu.

Mohd Nassurudin juga berkata, masyarakat pelbagai kaum di Kelantan mempunyai hubungan erat sejak zaman lampau lagi.

Ketika peristiwa 13 Mei meletus di Kuala Lumpur masyarakat bukan Islam di Kelantan diberi perlindungan kerajaan PAS yang mentadbir negeri ketika itu. – HARAKAHDAILY 30/8/2019

- Advertisement -