Kibar bendera semarak Bulan Kemerdekaan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Semua pihak perlu menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan sebagai bukti kecintaan kepada negara.

- Advertisement -

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Cawangan Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud berkata, Jalur Gemilang sewajarnya dikibar.

Katanya, ia bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyemarakkan Bulan Kemerdekaan atau mengibarkan bendera.

Sebaliknya tambah beliau menjadi semua tanggungjawab rakyat di negeri ini untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian pada program edaran jalur gemilang oleh Hotel Jewels kepada orang ramai di Jalan Maju semalam.

Hotel Jewels menjadi hotel pertama mengagihkan 300 Jalur Gemilang kepada orang ramai.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama Tourism Malaysia Kelantan, Pengerusi Perhubungan Luar Perniagaan Antarabangsa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan Dr Mohd Fazlan Ghazali.

Hadir sama Pengarah MIDA Kelantan, Nik Mohd Faizal Nik Kamarudin dan pengurus Hotel Jewels Muhammad Azrin Zainal Abidin. – HARAKAHDAILY 30/8/2019

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -