Kelantan pelbagai kempen kebersihan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan mempelbagaikan aktiviti kebersihan dan keceriaan khususnya melibatkan peniaga pasar malam, pasar tani dan pasar pagi di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentera Kanan Ahmad Yakob berkata, usaha tersebut merupakan agenda kerajaan negeri untuk mengutamakan kebersihan, keceriaan dan kehijauan.

Katanya, kerajaan negeri di bawah Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan memperbanyakan pelbagai program melibatkan peniaga dan orang ramai.

“Contohnya pada hari ini kita ada pasar pagi dan kuliah ilmu di Medan Ilmu, malah sebelum ini kita sudah gerakan usaha sama di Pasar Parit Dalam bagi memastikan kebersihan dijaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program kebersihan ‘PK Comel’ di Medan Ilmu Jalan Tok Pati hari ini.

Turut hadir Adun Pasir tumboh Ustaz Abdul Rahman Yunus; Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Pada program itu seramai 20 peniaga pasar pagi di Medan Ilmu yang diketuai oleh Kamaruddin Abu Bakar membaca ikrar. – HARAKAHDAILY 30/8/2019

- Advertisement -