Himpunan 914: PAS Wilayah anjur ceramah 2 Sept

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan Jelajah Pra Himpunan 914 Umno-PAS, Ceramah Penyatuan Ummah Peringkat Wilayah Persekutuan pada 2 September ini Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri, di sini.

- Advertisement -

Ketua Penerangannya, Haji Khairul Anuar Abdul Manap berkata, ceramah yang dijadualkan pada jam 9 malam itu bakal menampilkan pemidato daripada PAS dan Umno, iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, Penerangan Umno Malaysia, Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Juga, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya dan Ketua Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Katanya, program yang julung kali diadakan itu merupakan pra-Himpunan Penyatuan Ummah sebelum perhimpunan yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September ini.

Beliau menambah, majlis itu diadakan sebagai usaha awal untuk promosi HPU914, mewujudkan momentum hingga ke peringkat akar umbi untuk ke HPU914, mencetuskan kesedaran kepada rakyat akan kepentingan usaha penyatuan ummah.

Menurutnya lagi, ia juga bertujuan menyelaraskan gerakan Umno dan PAS Wilayah Persekutuan ke arah penyatuan ummah melalui gerakan politik dan menghasilkan kerjasama dan ikatan silaturrahim antara penyokong dan ahli kedua-dua parti.

“Oleh itu, saf kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan amat berbesar hati mengundang saudara serta saudari seisi keluarga untuk hadir ke program Jelajah Ceramah Penyatuan Ummah Peringkat Wilayah Persekutuan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/8/2019

satu

- Advertisement -