Sila bayar royalti tangani kemiskinan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin sepatutnya membantu mempercepatkan bayaran royalti petroleum kepada Kelantan.

- Advertisement -

Melalui usaha itu pastinya keadaan rakyat Kelantan akan berubah 100 peratus dan isu kemiskinan tegar dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Presiden Pertubuhan R Kelantan Nazri Deraman berkata, sekiranya kesemua jumlah tuntutan royalti yang tertunggak berjumlah RM14 billion dibayar sudah tentu isu kemiskinan mampu ditangani secara berkesan.

Katanya setelah negara merdeka hampir 62 tahun, sepatutnya diskriminasi politik dihapuskan 100 peratus di negara ini.

“Segala hak rakyak diberikan secara adil kepada setiap negeri kerana rakyat membayar cukai yang sama kepada kerajaan.

“Kami yakin banyak usaha diambil kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk merealisasikan hasrat rakyat Kelantan sejak 44 tahun lalu setelah perjanjian royalti ditandatangani 9 Mei 1975,” katanya di sini.

Lebih-lebih lagi sekarang kata beliau rakyat di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.

Kelmarin Dr Mohd Radzi mendakwa Kelantan antara negeri termiskin dan ramai rakyatnya bergantung kepada bantuan kerajaan.

Menurutnya kadar kemiskinan Kelantan pada kadar 0.4 peratus menyamai purata nasional, sekaligus meletakkannya sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu). – HARAKAHDAILY 28/8/2019

- Advertisement -