Sekeluarga mengaji PASTI huffaz al-Quran

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Alam Ria PASTI Negeri Pulau Pinang menjadi medan pertempuran bakat pelajar PASTI diseluruh Pulau Pinang dalam pelbagai acara di Darul Hadis, Pokok Machang di sini, kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Menjadi perhatian apabila pelajar yang bernama Aufa Ahmad Lutfi, 6 tahun telah menjadi johan dalam acara hafazan kategori perempuan buat kali kedua berturut-turut di peringkat negeri Pulau Pinang.

Aufa merupakan anak bongsu daripada tiga beradik di mana semuanya huffaz al-Quran, dengan kedua-dua adik beradiknya juga merupakan bekas pelajar PASTI Ar-Rasyidin, Kepala Batas suatu ketika dahulu.

Menurut guru kelas, Norfadilahwati Sabri, beliau menyedari bakat ini apabila kakak sulungnya, Nur Hanan Ahmad Lutfi dapat mengaji al-Quran dengan baik pada usia 6 tahun di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.

“Ketika itu saya menyedari bahawa keluarga mereka dapat mengaji dan ditekankan bidang menghafal al-Quran,” ujarnya.

Jejak itu diikuti oleh abangnya, Ahmad Afnan Ahmad Lutfi apabila dapat mewakili Pulau Pinang dalam acara hafazan lelaki di peringkat kebangsaan pada tahun 2017 bertempat di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Seterusnya, menjadi inspirasi buat adik Aufa dalam menceburi bidang hafazan sama seperti kakak dan abangnya. – HARAKAHDAILY 28/8/2019

- Advertisement -