Royalti: Tersangkut di Kementerian Kewangan

mar
- Advertisement -

KOTA BHARU: “Tersangkut di Kementerian Kewangan, sedangkan Perdana Menteri kata akan bayar royalti.

- Advertisement -

“Malah dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara pun sudah disahkan perkara itu. Jadi apa lagi masalahnya sekarang,” kata Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah selepas mesyuarat Exco hari ini.

Katanya, berdasarkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini, mereka memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan membayar royalti.

Bagaimanapun, kata beliau isu tersebut sekarang terletak kepada Kementerian Kewangan memandangkan mereka yang akan menyalurkan bayaran.

Pada 23 Oktober lepas, Kerajaan Kelantan mengumumkan menarik balik saman terhadap Petronas yang difailkan sejak 2010 berikutan kegagalan membayar royalti petroleum terhadap Kelantan.

Malah 2 November lepas, Azmin memberitahu kerajaan pusat tidak dapat membayar royalti kepada Kelantan kerana disaman kerajaaan negeri.

Saman kerajaan Kelantan terhadap kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti minyak selesai sepenuhnya pada 28 Jun lepas.

Kerajaan negeri melalui peguamnya Aleeya Elyana Ahmad Mahreez menarik balik saman tersebut di Mahkamah Tinggi.

Hakim Dato’ Ahmad Bache membatalkan saman berkenaan tanpa sebarang perintah kos termasuk tiada kebebasan untuk memfailkan semula tindakan saman. – HARAKAHDAILY 28/8/2019

- Advertisement -