Himpunan Sukarelawan Dakwah Malaysia 31 Ogos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat akan menganjurkan Himpunan Sukarelawan Dakwah Malaysia pada 31 Ogos ini di Kompleks Lincah Maha Guru Omardin (KLMO), Batu Caves.

- Advertisement -

Program yang terbuka kepada semua dan masuk adalah percuma itu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad akan menyampaikan ucapan pada majlis itu di samping Pengerusi dan Timbalan Pengerusi I Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Selain itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims, Firdaus Wong Wai Hung dan Penasihat Sister In Unity, Aishah Azra turut mengisi slot pada himpunan itu.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program itu boleh menghubungi talian 019-4694635. – HARAKAHDAILY 28/8/2019

- Advertisement -