Pimpinan UMMAH temui Presiden PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, malam ini.

- Advertisement -

UMMAH diketuai oleh Haji Aminuddin Yahaya selaku pengerusi, timbalan I, Cikgu Mohd Zai Mustafa, timbalan II Ustaz Masridzi Sat, setiausaha agung, Haji Mansor serta ahli jawatankuasa Sekretariat UMMAH Pusat.

Dalam pertemuan tersebut, UMMAH telah memberikan pandangan dan bertukar-tukar fikiran dengan Presiden PAS mengenai perkembangan terkini politik Malaysia.

Selain itu, UMMAH telah menyerahkan piagam resolusi Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional yang telah diadakan pada 25 Ogos yang lalu bagi menyatakan hasrat dan harapan NGO-NGO Islam kepada PAS, serta parti-parti politik Melayu Islam yang lain.

Semoga pertemuan ringkas penuh bermakna antara pimpinan UMMAH dengan Presiden PAS akan menghasilkan natijah yang positif buat ummah secara keseluruhannya demi memertabatkan kembali Islam di persadanya dalam negara kita yang tercinta ini. – HARAKAHDAILY 27/8/2019

uu2

- Advertisement -