Apa perkembangan lima kes pemimpin DAP?

- Advertisement -
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menuntut pihak kerajaan dan pihak polis memperincikan perkembangan siasatan kes yang melibatkan lima orang pemimpin DAP. Banyak pihak telah membuat laporan polis, namun sehingga ke hari ini, semua kes tersebut masih belum diputuskan. Rakyat berhak untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan kes berkenaan supaya ia dilihat berjalan dengan telus dan adil. 
 
Lima kes tersebut diringkaskan seperti berikut; 
 
Pertama, kes Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, P. Ramasamy (DAP) yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pemimpin pengganas Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) dan gambarnya melakukan aktiviti ritual menyembah senapang Kalashnikov (AK-47). 
 
Kedua, kes Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (DAP) yang menuduh orang Melayu sebagai pendatang dan mahu mengetuk kepala guru-guru sejarah dalam satu program yang dianjurkan di Nilai, Negeri Sembilan.  
 
Ketiga, kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang telah membuat fitnah dengan mendakwa pihak kerajaan memberi layanan buruk, mendiskriminasi dan menzalimi masyarakat India di Malaysia.  
 
Keempat, kes Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor, V. Ganabatirau (DAP) yang menuduh kumpulan Muslim menyerang Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, Selangor. 
 
Kelima, kes Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto (DAP) yang menghina rakyat Kelantan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai objek hiburan setelah pihak Kerajaan Negeri Kelantan tidak meluluskan lesen hiburan. 
 
Lima kes yang melibatkan pemimpin DAP ini sangat kritikal kerana ia telah menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. Pihak kerajaan dan polis mesti memberi penjelasan tuntas berhubung kes ini. 
 
Sekian, terima kasih.     
 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS 
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian) 
26 Zulhijjah 1440 | 27 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 27/8/2019
- Advertisement -