MusRider: Cantik bergaya bekerja untuk agama

- Advertisement -

LARUT: Dewan Muslimat PAS Kawasan Larut mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya mengadakan program Konvoi MusRider di sekitar bandar dan kampung dalam Dun Selama, di sini semalam.

- Advertisement -

Program julung kali ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Adun Selama yang juga Yang DiPertua PAS Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin dalam flag off di Simpang Tiga Banggol Ias.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Larut, Ustazah Noraini Salleh. MusRider adalah daripada perkataan Kelab Muslimat Bermotosikal, yang dikomersilkan bagi menarik minat kaum wanita sahaja.

Jelasnya, anggota kelab ini akan bersama-sama dengan aktiviti berkaitan PAS dengan satu pasukan yang seragam dan tersusun semasa bergerak.

Selain itu ujar beliau, kelab ini adalah sebagai satu wadah mempamerkan gerak kerja Muslimat PAS yang aktif bersama masyarakat dengan membudayakan Muslimah Islam patuh syariat.

Sementara itu, Ustaz Akmal pula menggesa agar aktiviti ini diperluaskan ke seluruh peringkat kawasan Larut kerana ia dapat perhatian dan sokongan ramai dalam kalangan  anak muda.

Beliau turut mencadangkan agar MusRider ini dijadikan sebagai kelab demi kelangsungan program-program Muslimat pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 26/8/2019

IMG 20190826 WA0074

IMG 20190826 WA0076

- Advertisement -