Muafakat Muslimat-Wanita di Dun Hulu Kelang

- Advertisement -

GOMBAK: Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak  dan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Gombak buat kali kedua telah mengadakan program Gotong-royong Muafakat di Padang AU5 Skate Park Lembah Keramat, Dun Hulu Kelang, di sini semalam

- Advertisement -

Ia merupakan salah satu daripada siri program yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak bertujuan merealisasikan permuafakatan ummah melalui aktiviti berbentuk kemasyarakatan melibatkan semua ahli PAS dan Umno serta masyarakat sekitar.

Ketua Muslimat PAS Gombak, Dr Mardhiyah Hayati Salleh dan Ketua Wanita Umno Gombak, Rozilah Zainudin serta pimpinan kedua-dua parti turut hadir menjayakan program ini di samping lebih daripada 50 anggota daripada kedua-dua parti yang bersama.

Walaupun hujan gerimis, ia tidak menggugat kelangsungan program ini yang dimulai oleh ucapan aluan daripada kedua-dua pemimpin sayap parti, senaman ‘warm-up’, cabutan bertuah dan sarapan ringan.

Agenda kemuncak kepada program seterusnya ialah menyantuni masyarakat di Pasar Karat yang majoritinya memberi reaksi positif terhadap permuafakatan ummah ini kedua parti Melayu-Islam terbesar negara ini.

Program ini akan dilaksanakan pula nanti di Dun Sungai Tua yang merupakan lokasi terakhir Gotong-royong Muafakat ini iaitu pada 8 September depan diikuti oleh program Kacau Bubur Asyura pada hari yang sama. – HARAKAHDAILY 26/8/2019

IMG 20190826 WA0018

- Advertisement -