Merdeka barakan semangat perjuangan Islam

- Advertisement -

PEKAN: Muslimat PAS Cawangan Indera Sempurna (PASTIS) telah mengadakan program bual bicara sempena menjelangnya ulangtahun kemerdekaan negara yang diadakan di Padang KRT Fasa 2 Indera Sempurna, di sini malam kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Lajnah Muslimat PASTIS, Ustazah Nalida Nara, forum membawa tajuk “Apa Erti Kemerdekaan Sebenar?” itu satu usaha menyampaikan ilmu kemerdekaan kepada masyarakat umum khususnya kaum wanita dan remaja.

Tiga panel ditampilkan iaitu Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Negeri Pahang, Ustazah Rosmani Mustafa serta Ketua dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Pekan, Ustazah Rohana Mohamad dan Ustazah Siti Basyirah Ibrahim.

Dimoderatorkan Ahli Jawatankuasa Muslimat PASTIS, Ustazah Wan Aisyah Jamaludin, forum itu telah memberi pengertian merdeka pada perspektif Islam serta perjalanan sejarah melewati rentetan kejatuhan Kerajaan Islam hingga penjajahan.

Sekali gus, kupasan itu telah menyedarkan hakikat betapa umat Islam berdepan ancaman dan gugatan bukan lagi peperangan, tetapi penjajahan cara baru yang mengubah keperibadian dan pemikirannya terhadap agama sendiri.

Kisah Datuk Bahaman sebagai tokoh kemerdekaan turut dikemukakan pada forum ini sebagai contoh ulamak yang berdepan label buruk penjajah di mana telah disenarai sebagai penderhaka.

Atas solusi disepakati, ahli panel berkongsi pendapat untuk segala kemelut diatasi dengan pembinaan semula generasi yang merdeka dengan Islam menerusi rujukan zaman Sultan Muhammad al-Fateh sebagai pedoman.

Forum juga diserikan dengan acara cabutan bertuah, selain gerai jualan di mana walaupun hujan turun, hadirin tetap tidak berganjak setia mendengar hingga hujung majlis. – HARAKAHDAILY 26/8/2019

IMG 20190826 WA0038

- Advertisement -