Jelajah Piagam menjelang detik 14 Sept

- Advertisement -

KANGAR: Menjelang detik bersejarah Piagam Muafakat Nasional pada 14 September ini, himpunan Jelajah Piagam PAS-Umno diadakan di sini malam tadi.

- Advertisement -

Lebih 2,000 penyokong PAS dan Umno hadir ke Dewan 2020 sebagai menyatakan sokongan agenda penyatuan ummah membabitkan kedua-dua parti politik terbesar orang Melayu itu.

Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Perlis menjadi negeri pertama siri jelajah tersebut sebelum himpunan bersejarah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Katanya, jelajah tersebut diadakan sebagai mobilisasi kehadiran pada program 14 September hadapan.

“Selain itu sebagai medan untuk kita menjelaskan isu-isu semasa yang berlaku kepada rakyat,” katanya pada ceramah sempena program berkenaan.

Ketua Penerangan Umno Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah pula berkata sempena menandatangani piagam muafakat, pelbagai program diadakan pada 13 dan 14 September termasuk wacana.

Hadir sama Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin; Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Shukri Ramli, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dato’ Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Dato’ Seri Azlan Man. – HARAKAHDAILY 26/8/2019

- Advertisement -