Janji Dr Ramasamy kepada Negara India

- Advertisement -

OBSESI Dr P Ramasamy kepada Dr Zakir Naik lebih mudah difahami jika kita menonton rakaman wawancara eksklusif antara beliau dan editor stesyen televisyen Negara India, Republic, bernama Niranjan yang disiarkan secara langsung pada 13 Ogos lalu.

- Advertisement -

Dalam wawancara eksklusif ini, Dr P Ramasamy telah dijulang tinggi melambung oleh stesyen televisyen Negara India tersebut sebagai “The man fighting hate preacher in Malaysia” (“Lelaki yang melawan pendakwah kebencian di Malaysia”).

Ketika diberi ucapan tahniah oleh Niranjan atas kemenangan besar pertama beliau ke atas Dr Zakir Naik (“Congratulations on your first big victory on Zakir Naik”), Dr P Ramasamy dengan bangganya mendabik dada bahawa beliau telah melawan Dr Zakir Naik sejak Dr Zakir Naik mula-mula datang ke Malaysia pada 2015 lagi (“You know I have been fighting Zakir Naik for the past three years since he came in to the country in 2015.”).

Ketika ditanya oleh Niranjan sama ada beliau akan menekan Perdana Menteri Malaysia yang kononnya beliau pernah bercakap secara peribadi supaya Dr Zakir Naik dihantar balik ke Negara India (“I know that you also have personally been talking to the Prime Minister in his office and the establishment, will you now push for Zakir Naik to be deported to India, is the Prime Minister open to that?”), Dr P Ramasamy dengan tegasnya menyatakan bahawa memang itu yang beliau mahukan (“I am not sure whether they will deport him or whether they want to take some other action or whether they are going to prosecute him here under the Malaysian law, but I think one thing is clear, my opinion is Zakir Naik should be extradited to India because India wants him to face charges, I am very clear on that.”).

Ketika diminta oleh Niranjan supaya beliau akan terus istiqamah di dalam melawan Dr Zakir Naik (“We hope that you will sustain this battle against Zakir Naik”), Dr P Ramasamy dengan yakinnya menyatakan bahawa beliau memang akan berbuat demikian kerana Dr Zakir Naik kononnya tidak layak hidup di Malaysia malah tidak layak hidup di mana-mana dunia bertamadun (“Yes, it is not just a battle against Zakir Naik alone, it is a battle against this trickster and fraudster coming into the country whipping up hatred and animosity among the races, he has no place in Malaysia, he has no place in any civilized world.”)

Bila Dr P Ramasamy secara terbuka berjanji kepada Negara India bahawa beliau akan terus istiqamah di dalam melawan Dr Zakir Naik dan beliau akan berusaha memulangkan balik Dr Zakir Naik ke Negara India maka logiklah beliau obses kepada Dr Zakir Naik.

Soalnya kini ialah wajarkah Dr P Ramasamy berjanji kepada Negara India melalui stesyen televisyen Negara India bahawa beliau akan terus istiqamah di dalam melawan Dr Zakir Naik dan beliau akan berusaha memulangkan balik Dr Zakir Naik ke Negara India?

Tidakkah tindakan begini seolah-olah membenarkan dakwaan Dr Zakir Naik bahawa sekurang-kurangnya Dr P Ramasamy sendiri adalah lebih setia kepada Negara India berbanding kepada Negara Malaysia? – HARAKAHDAILY 26/8/2019

- Advertisement -