Gagasan Sejahtera terus perkukuh kerjasama

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera hari ini telah bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama politik di kalangan parti komponen dalam aspek visi, misi dan organisasi.
 
Pengerusinya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya juga menumpukan kepada agenda untuk menyelamatkan negara bermasyarakat majmuk dan menyelesaikan masalah rakyat dengan penglibatan semua pihak.
 
“Menumpukan kepada usaha untuk menarik sokongan anak muda dan segenap lapisan masyarakat terhadap visi yang diperjuangkan oleh Gagasan Sejahtera.
 
“Menerima kerjasama politik penyatuan ummah di antara PAS dan Umno di atas kerangka Taawun Siyasi,” katanya pada sidang media di Putrajaya.
 
Turut sama dalam sidang media itu, Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir; Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Presiden IKATAN, Tunku Muinuddin Putra Nerang Putra dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan. – HARAKAHDAILY 26/8/2010
- Advertisement -