‘Inilah skema jawapan Menteri Kewangan’

idris2
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Kerajaan PH menggunakan skema jawapan yang sama dengan menyalahkan kerajaan BN yang lalu bagi menutup kegagalan mereka dalam mentadbir negara.

- Advertisement -

Ia berikutan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng apabila kerajaan membuat pinjaman tambahan sebanyak RM58 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini digunakan antara lain untuk membayar komitmen berterusan yang dibuat oleh pentadbiran terdahulu, termasuk pembayaran balik hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, sepanjang 18 bulan memegang jawatan selaku Menteri Kewangan, jawapan yang sama diberikan oleh Lim Guan Eng dengan menyalahkan kerajaan lama.

“Inilah skema jawapan daripada mula pegang jawatan Menteri Kewangan hingga hari ini.

“Sudah 18 bulan pegang jawatan inilah jawapannya. Kalau sebulan dua OK lah,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, sewaktu PAS mengambil alih Terengganu daripada Umno selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu juga ada masalah, itu perkara biasa.

Namun katanya, perlu diselesaikan dengan berhemah dengan mendahulukan rakyat bukan menyalahkan orang lain.

“Rakyat bagi gaji kena buat kerjalah. Bukan hendak ‘berpolitiking’. Ingat hebat, rupanya…,” sindir beliau. – HARAKAHDAILY 25/8/2019

- Advertisement -