Bendera terbalik petunjuk sikap tidak setia negara

- Advertisement -

PEMASANGAN bendera Malaysia atau Jalur Gemilang secara terbalik yang dianggap kesilapan kecil oleh Exco DAP Kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari jelas menunjukkan perasaan kerdil anggota parti itu terhadap negara. Bendera yang diterima sebagai simbol penting dan maruah negara semudahnya telah dianggap remeh oleh beliau.

- Advertisement -

Jelas sudah sejak DAP menjadi parti yang dilihat dominan dalam kerajaan PH isu berkaitan umat Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, juga Raja-raja Melayu, semuanya telah ‘disentuh’ pemimpin DAP. Tidak hairanlah sikap melampau ini melarat hingga menjadikan simbol kenegaraan sebagai mangsa untuk menyerlahkan lagi sikap mereka

Apa sebenarnya maksud yang ingin disampaikan oleh seorang yang bertaraf exco dari DAP ini? adakah tugasnya membela segala kesalahan yang dicetuskan oleh DAP? Sedangkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din menyatakan dengan jelas bahawa sesiapa yang terbabit dengan kes bendera terbalik adalah satu kesalahan yang melanggar undang-undang dan boleh dikenakan hukuman penjara.

Exco dari DAP ini juga perlu merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara yang menyatakan bahawa tidak boleh terbalikkan bendera melainkan ketika negara berada dalam keadaan bahaya (distress). Lalu, bahaya apa yang sedang dihadapi oleh negara ketika ini? Melainkan hanya kesalahan dan provokasi untuk merendahkan martabat bendera Malaysia.

“Islam Memimpin Perpaduan”

HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 25/8/2019

- Advertisement -