Bantahan Jawi Brickfields didukung oleh DAP?

image
- Advertisement -
TERKEJUT mendapati turut hadir dalam perhimpunan Bantahan Tulisan Jawi, Puratchi, di Brickfields, yang disifatkan polis sebagai perhimpunan haram, malam tadi adalah Naib Pengerusi DAP Selangor merangkap ADUN Kota Kemuning dan Ahli Exco Kerajaaan Selangor, Ganabatirau Veraman.
 
Ganabatirau Veraman malah dirakamkan memberi kenyataan di lokasi perhimpunan di Brickfields mengenai mengapa perhimpunan itu diadakan serta apa pendirian dan prinsip mereka yang sekali gus menggambarkan bahawa beliau adalah sebahagian daripada penganjur perhimpunan itu.
 
Turut menunjukkan diri hari ini adalah Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat dan Setiausaha DAP Selangor merangkap ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew, yang mendedahkan usaha beliau untuk membebaskan salah seorang peserta perhimpunan yang ditahan malam tadi, iaitu Tan Boon Tak.
 
Sangat pelik bagaimana pemimpin sebuah parti yang menjadi sebahagian daripada pemerintah di peringkat Pusat dan di peringkat Negeri boleh melibatkan diri dengan secara terbuka dalam satu  perhimpunan haram untuk membantah satu keputusan yang telah dibuat secara rasmi oleh kerajaannya sendiri.
 
Apakah saluran dalaman kerajaan dan parti sudah tidak berfungsi lagi sehingga menyebabkan pemimpin kerajaan yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaannya sendiri sanggup melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang negara (Akta Perhimpunan Aman)? – HARAKAHDAILY 25/8/2019
- Advertisement -