ARC mahu luaskan lagi peranan dalam masyarakat

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Alternative Riding Club (ARC) Malaysia telah melangsungkan ‘Workshop ARC’ yang diadakan dengan jayanya di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, di sini pada 23 Ogos lalu dan berakhir kelmarin.

- Advertisement -

Bengkel dua hari dirasmikan Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hafez Sabri ini melibatkan pimpinan ARC Malaysia dan negeri-negeri, bertujuan untuk menyelaras dan memperkukuhkan gerak kerja serta strategi.

Seru beliau dalam ucapannya supaya ARC menjadi kelab yang berpengaruh sebagai usaha menarik anak muda dan masyarakat untuk bersama dengan kelab dan aktiviti permotoran ini.

Ahli ARC juga nasihatnya, mesti bergerak dengan kefahaman dan menjiwai perjuangan, selain mengajak orang ramai untuk memahami keindahan Islam melalui pelbagai kegiatan dilaksanakan ARC.

Presiden ARC Malaysia, Wan Ahmad Ridzuan Wan Hussin pula berharap bengkel tersebut dapat memfokuskan gerak kerja untuk terus membawa ARC semakin maju dan unggul.

ARC dengan tagline riadah, ukhuwah dan dakwah dilihat semakin mendapat tempat di hati masyarakat bahkan berjaya menembusi pelbagai latar belakang anak muda. – HARAKAHDAILY 26/8/2019

IMG 20190826 WA0006

IMG 20190826 WA0005

- Advertisement -