Ziarah Kasih Muslimat Subang bantu kaum wanita

- Advertisement -

SUBANG: Muslimat PAS Kawasan Subang meneruskan lagi kesinambungan program Ziarah Kasih pada Julai lalu dengan mengadakan gotong-royong pula membersihkan rumah Orang Kelainan Upaya (OKU), Hasnah Manaf.

- Advertisement -

Inisiatif tersebut dikendalikan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Subang, Noraini Sulaiman di kediaman Hasnah di Taman Puchong Indah, di sini awal pagi tadi.

Turut serta adalah Pemuda PAS Subang bersama anggota Jabatan Amal Malaysia Subang dan juga ahli-ahli PAS Cawangan Jalan Indah Seksyen 3 yang telah menyertai usaha membersihkan rumah wanita itu.

Ketua Muslimat PAS Subang, Nor Zarina Mohd Azhar turut bersama menemui para petugas program itu sebelum beredar ke program lain, di mana usaha kebersihan dan membantu golongan seperti itu turut menarik masyarakat sekitar.

Kata Zarina, Muslimat PAS Subang komited dengan usaha kebajikan dan kemasyarakatan terutama kepada kaum wanita atau ibu yang kurang berkemampuan atau memerlukan sokongan itu. – HARAKAHDAILY 24/8/2019

- Advertisement -