PAS Beruas prihatin nasib mangsa ribut Kg Bt 36

- Advertisement -

BERUAS: Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Beruas telah melancarkan kutipan dana tragedi ribut yang telahpun dibuat serahan sumbangan itu kepada mangsa di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Dua rumah kediaman dan sebuah surau mengalami kerosakan struktur yang memerlukan pembaikan memulihkan semula ekoran kejadian pada lewat petang 18 Ogos lalu itu.

Yang DiPertua PAS Beruas, Zakaria Hashim hadir bagi menyampaikan sendiri kepada mangsa diiringi Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Beruas, Latif Nawawi, manakala Pengerusi Surau Kampung Batu 36 diwakili Hasan Bakar.

Inisiatif tersebut merupakan usaha kemasyarakatan PAS Beruas di mana tindakan segera itu bagi meringankan beban mangsa atas musibah menimpa, selain memupuk sifat mahmudah dan ihsan.

Zakaria menyifatkan usaha membantu golongan kurang bernasib baik atau ditimpa ujian seumpama juga dapat memaparkan imej berdikari PAS dalam melaksanakan kerja amal tanpa mengharap pihak lain. –HARAKAHDAILY 24/8/2019

IMG 20190824 WA0050

 

- Advertisement -